Kau orang pernah demam tak?
Bila kali terakhir demam?
Teruk tak demamnya?
Pergi klinik tak?
Makan ubat tak?
Ok dah. Melampau pula soalan lebih-lebih. Karang penampar makan dia.
Seingat aku, kali terakhir aku demam waktu aku tingkatan 1, waktu tu tahun 2001. Lama kan? Aku jarang demam. Paling-paling pun sakit kepala, sakit dada dan sakit orang perempuan.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, di malam raya yang lepas, aku telah didatangi tanda-tanda penyakit macam nak demam. Malam tu aku terlebih seronok pula, terus ambil mikrofon melalak sepuas hati. Ala, bak kata budak-budak sekarang, karok-karok gitu.
Selepas rasa macam pedih tekak, baru aku berhenti.
Keesokan harinya, aku dah mula rasa tak sedap. Makan dah banyak dah. Perut dah kenyang dah. Tapi badan pula rasa tak sedap. Entah kenapa entah.
Waktu tu hari raya pertama, tengah baraan ke rumah saudara-mara. Tapi aku banyak duduk dalam kereta. Bukan sebab demam. Sebab rombongan ramai sangat. Kang kalau semua turun habis kopak rumah orang.
Tapi dalam tengah sibuk-sibuk tu, sempat juga Abah singgah 7Eleven sebab aku nak beli Panadol. Dah makan ubat pun tapi rasa tak sedap tu tak nak hilang.
Semua tu berlarutan sampailah hari raya ketiga. Aku dah makan Panadol siap, baca selawat siap, minum air kosong banyak-banyak siap, tapi macam tu jugaklah.
Disebabkan semua cara aku tu gagal, aku pun buat keputusan, duduk sorang-sorang dalam bilik, dan MENANGIS. Itu je aku mampu buat sebab rasa stress sangat-sangat. Teramat.
Tiba-tiba, Abah masuk bilik. Bila tengok aku menangis, beliau ingatkan aku frust sebab kawan-kawan tak datang raya. Tapi betul weh, sorang pun tak datang. Benci. Huu.
Lepas tu, bila Abah rasa dahi aku panas, beliau pun bawa aku ke klinik. Doktor yang jaga waktu tu doktor berbangsa India dan berjantina lelaki. Jadi, Abah pun masuk sekali masa aku jumpa doktor tu.
Aku tak banyak cakap pun. Abah je yang tolong cakapkan. Haha. Rasa lawak pulak. Aku angguk geleng je.
Doktor tu tak pakai pun termometer yang letak dalam mulut tu. Dia pakai pelekat apa tah, letak kat dahi. Owh, suhu aku waktu tu 39 darjah Celcius. Doktor tu kata suhu aku agak tinggi dan vitamin C aku kurang. Lepas tu dia kasi ubat dan suruh aku banyak-banyak makan buah.
Alhamdulillah, lepas aku makan antibiotik yang pertama, terus badan rasa lega. Tapi badan kuat gila berpeluh. Tapi aku tak rasa aku melalak tu punca aku demam, mungkin sebab pemakanan aku masa bulan puasa kot.
Aku cuma makan sahur dan berbuka je. Tapi dalam kuantiti banyaklah. Buah-buahan aku jarang usik sebab perut dah kembung. Ala, konon diet lah tu makan dua kali je. Cett.
Ok. Habis.
Pssst : Kalau dapat doktor handsome kan best. Ngeh3~
hehs! aku pn jarang demam. bangga :D
ReplyDeletei mean, alhamdulillah :)
@Farihah Ahmad
ReplyDeleteAntibodi kuat tu. Hehe. Tapi orang kata kalau orang yang jarang demam, bila demam macam teruk. Huhu. Tak tahu~~~ ;p
lagi info tentang demam di SIHAT SELALU - Bagaimana Redakan Panas Demam Dengan Mudah
ReplyDeletelagi info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit
ReplyDelete@armouris
ReplyDeleteTerima kasih untuk info tu.