Aku ada beberapa gambar nak tunjuk kat kau orang semua. Yalah. Memandangkan aku dah terdaftar kat satu blog ni, yang memerlukan aku untuk tulis pasal makanan, jadi terpaksalah juga aku tulis ni.
| Apahal? |
Err. Tak ada siapa-siapa paksa pun. =.='
Aku nak update je pun. Huu~
Okeh. Lupa nak cakap, "Aku dah ada kamera sendiri!". Hahaha. Ala, kamera biasa je pun. Belum cukup duit lagi nak beli DSLR. Senang sikit aku nak tangkap gambar.
Kamera Abah yang selalu aku pakai dulu, budak sebelah ni dah rosakkan. Grrrr.
Tutup cerita kamera beta.
Gambar-gambar di bawah yang aku tangkap guna kamera baru tu. Eceh. Seronok pula tangkap gambar makanan kan? Pastu, bila lapar, tengok satu-satu. Nyam nyam nyam~
![]() |
| Kerang bakar cicah kuah sambal. Makan malam kat Pantai Remis. |
![]() |
| Ulam-ulaman dan sambal. Makan tengahari di Alor Gajah. |
![]() |
| Nasi aku dan air si Jemma (sebab air tu cantik). Makan sebelum nonton di Wangsa Walk. |
![]() |
| Sotong, dadih, tauhu ikan, dan ketam. Antara juadah semasa Ramadhan hari tu. |
| Tart buah. Dimakan senyap-senyap oleh .......... Nanti aku cerita. ;p |
Okeh. Habis dah tayangan. Dah. Pergi balik. Shuuuuh2~
Erk. Sentap hati mak nak. Haha. Okeh. Itu je pun aku nak tunjuk.
Tapi gambar terakhir tu kira gambar makanan yang macam latest yang aku tangkap. Dan yang dapat makan pun hanya orang-orang yang terpilih je. Macam aku. Chewah~
Eh takdalah. Sebab kuantitinya terhad, kitorang-kitorang je yang makan. Err macam kau Che'a (kalau beliau tengah baca), Kaka, Ika-chan dan yang sempat merasa. Sedapnya jangan cakaplah. Sedap betul. Huhu.
Alang-alang aku dah tunjuk gambar tart ni. Aku teringatlah pulak apa yang si Che'a cakap pada malam kejadian tu, yang puan yang buat tart ni ada blog. Tadi aku godek-godek terjumpalah pulak.
Kalau anda-anda nak resepi tart buah ni, boleh la ke laman sesawang, Puan Rossa. Banyak resepi yang beliau post. Tengok je dah kenyang. =)
Pssst : Akan datang, aku rasa nak post pasal cheesecake heaven yang mak aku buat lah. Slurrp, meleleh pula air liur den. Uhui~




erk. lapar~ =___= tapi memang dah lama sangat tak datang menjenguk. hehe.
ReplyDelete@hira
ReplyDeleteLapar ye. Makanlah gambar tu. Huhu. Eden pun lamo dah tak update~
wahh!!sedappnya.dah la perut ngah bekeroncong.eskrem tue nmpak bess...
ReplyDelete@snf
ReplyDeleteBukan aiskrim tu. Ice blend kalau tak silap. Huhu. Nampak sedap kan? =)