Abah, orang update blog kejap eh~Di suatu malam yang tak sunyi, semasa 4 orang kanak-kanak dan seorang remaja separa kanak-kanak sedang seronok bermain di kawasan belakang rumah mereka, tiba-tiba berlakulah sebuah kisah yang agak seram.
![]() |
| Argh! Berderau je darah. Adeh! (Copy paste dari FB Nadia) |
Dan cerita pun bermula...
"Assalamualaikum", Amirul memberi salam.Namun, tiada jawapan dari tuan punya rumah, belakang rumah mereka, Ustazah Sarumi. Kemudian Amalia dan Haziq pula bergilir-gilir memberi salam tetapi hampa kerana tiada jawapan. Remaja separa kanak-kanak (akukah?) pun turut melontarkan suara dan kesudahannya sama juga.
Ustazah tak ada kot. Kami pun berseronoklah kejap kat belakang tu, huha huha. Si Amirul mula memanjat pagar dan menghayun pagar menggunakan badannya (?). Waktu tu, yang ada di luar, Amirul, Haziq, Amalia dan Izzat.
Aku pula sedang duduk
Tiba-tiba, haa suspen sikit, sewaktu aku mengalihkan pandangan ke arah Amirul, yang sedang seronok bergayut di pagar, aku ternampak satu bayang hitam zzzzrruuup laju je melintas belakang Amirul.
"Semua masuk!!!" (eceh, macam panggil masuk baris pulak)Terus aku tutup pagar kunci semua pintu. Lepas tu, aku ajak adik-adik aku yang duk berseronok kat belakang tadi, kitorang pun duduk buat bulatan. Apa yang aku boleh buat waktu tu, aku suruh dorang pegang tangan pastu baca doa sama-sama, kuat-kuat. Habis semua doa aku baca (konon).
Kitorang berhenti baca lepas dup dap dup dap jantung aku dah reda sikit. Fuuh. Pastu, baru aku buka mulut cerita kat diorang apa yang dah berlaku tadi. Aku pandang Amirul. Terkebil-kebil dia pandang aku balik. Yelah, dah aku cakap 'benda' tu lalu belakang dia.
Lega sikit lepas aku cerita kat diorang. Barulah boleh berfikir dengan tenang. Dan disebabkan ke'tenang'an itulah baru aku sedar yang aku dah terlepas pandang satu perkara penting. Iaitu, pagar tadi!
Sebenarnya, bayang hitam yang laju tadi tu adalah bayang-bayang pagar tu. Sebab apa bayang tu laju? Sebab Amirul tolak pagar tu, sebab tu dia laju. Haa, kan dah kena! Tapi bayang-bayang pun, sampai tak cukup nafas aku dibuatnya. Adeh.
Eh, korang rasa tertipu ke? Cerita tak habis lagi daa. ;p
Dalam tengah aku menarik nafas lega tu, tiba-tiba Izzat bersuara. Katanya, waktu kitorang tengah duk huha huha tadi, beliau ternampak kelibat lembaga putih tengah berdiri tercogok kat belakang rumah Cik Pah, selang 2 buah rumah.
Gulp! Aku telan air liur. Tak berani nak buka pintu lagi. Terus aku ajak dorang pergi tidur lagi bagus.
Tapi, betul ke ada lembaga tu? Dah lama ke dia ada? Ataupun, itu kain telekung yang Cik Pah jemur. Tapi Cik Pah jemur baju kat depan rumah beliau. Atau angin yang terbangkan? Atau? Erk.
Renung-renungkan dan selamat beramal~ =)
Pssst : Baru korang tahu perasaan aku tengah duk online malam-malam tiba-tiba ada gambar hantu pulak. Rasa macam nak lempang je orang tu kan. Erk, aku la tu. =.='

Mainan perasaan je tu. =)
ReplyDeleteJangan biarkan diri anda diselubungi misteri..
ReplyDeleteaku pun pnah jgk jd gini tapi lain versi
ReplyDeleteA N A S T A S Y E A :
ReplyDeleteBetullah agaknya. Hehe.
MasaDahTime :
Jangan biarkan diri anda diselubungi air liur basi~
Ana :
Versi apo pulak tu? ;p
hahah TIPAH terTIPU!!!
ReplyDeleteMuahahahaha!! :-D
ReplyDeletebila online mlm2.. cuba-cuba lah jenguk kat tingkap.. mana tau ada yang datang nak minta tolong bukakan ikatan kapan ke..
ReplyDeletesengal la huda letak gambar 2, dahla aku sensorng malam2 ni..adoyai!
ReplyDeletecuak aku (∩︵∩)
cite suspen je~haha
@silbi abigail
ReplyDeleteWuu, takutnye~~~ ;p
@hannako yuri
ReplyDeleteHahahaha!! Padan muka ang! ^oo^