Wednesday, 3 November 2010

Aku nikahkan dikau

Assalamualaikum semua!

Maaflah der. Aku ‘terlalu’ sibuk sampai tak ada masa nak update blog. Hee~

Tengok, asyik salam Ramadhan tak habis-habis. Naik menyampah pulak orang tengok. Hee. Orang puasa sebulan, kau puasa berbulan-bulan yep! Haish!

Okeh, sekarang ni aku tengah dalam minggu exam. Aku just update gambaq je na. Ganbatte ye untuk kengkawan yang nak ambil exam tu. Err budak SPM (kalau ada =.=’ ) yang baca blog ni pun ganbatte yep!

Ni gambar waktu aku pergi rumah Cik Puan Lina Hamiza. Omaigod! Beliau sudah bernikah! Sudah sah menjadi isteri orang! Alhamdulillah. =)

Owh. Sebelum tu, beliau tu dinikahkan 23 Oktober hari tu, di kediamannya di Muar, Johor. Err aku tak berapa nak ingatlah jalan ke rumah beliau sebab asyik tidur je sepanjang jalan. Pergi balik tidur! Pasai pa? Mabuk. Duduk kat belakang sekali. Huhu.

Eh Tok Kadi sekarang ni muda-muda ye. Tak boleh panggil Tok Kadi dah. Panggil Bang Kadi je. Aww, goli den!

Pastu, pandai pulak tu buat lawak. Yelah, nak hilangkan nervous pengantin. Kelakar je tengok waktu Ustaz (?) Suffian, suami Lina, pakaikan gelang kat tangan Lina. Terketar-ketar je. Olololoh. Orang lain dah duk sakat-sakat dah. Hehe.

Tapi, saat yang paling terharu tu bila tengok adik beradik Lina merah-merah bergenang air mata bila Lina dah selamat dinikahkan. Pastu, waktu Lina salam dan peluk mak dia. Aduh, syahdu betul. Aku pun err bergenang jugak. Wuu wuu. T_T

Eh ter’panjang’ pulak taip. Padahal kata nak bagi tengok gambar je. Adeh. Ni semua gambar yang aku kutip kat pesbuk, eheh.

Kredit kepada pesbuk cik pengantin, Lina, kawan sekolah beliau, Irah, yang bawak DSLR dan sudi menangkap gambar aku (?), dan juga hencek Muslim sebab dia sorang je yang bawak kamera dalam rombongan kitorang yang ramai-ramai tu, cett. Trimas ye korang~
Cik Pengampu dan Cik Pengantin

Raja Sehari dan kawan-kawan

Kemudian berjalan-jalan ;p

Okeh, itu sahaja untuk hari ini. Next paper aku 7, 14 & 15 November. Tapi kalau aku ada masa, kita berjumpa lagi. Chewah! Minna-san, ganbatte kudasai! \(^_^)/
Pssst : Adeh. Apa masalah dengan Windows Live Writer aku ni! Cett.

0 orang mengarut:

Post a Comment

Terima kasih ye tinggalkan komen~
Jangan lupa letak nama ye. Komen dari makhluk tak bernama tak akan dilayan. Ngeh3~