Thursday, 2 September 2010

2ne1 : Siti Nurhuda Husna adalah ahli seterusnya

Assalamualaikum dan masih lagi salam Ramadhan semua! =)

29hb Ogos, Ahad hari tu hari jadi aku. Ha, apa lagi? Wish la cepat! (Tak malu betul budak neh =.=') Nak hadiah sekali! (Err...)

Omo biane yorobun. Entri ni bukan pasal kumpulan 2ne1. Hee. Tapi pasal aku yang sudah masuk umur 2ne1 (21).

Masih ingat lagikah anda entri aku yang dahulu? Yang nostalgik itu, eceh. Ni ha. Kat sini.

Hari Ahad hari tu, aku kami berpuasa seperti biasa (Afiq terkecuali sebab berbuka sangat awal). Petang tu, lepas bangun tidur yang sampai ke petang, terus ke dapur konon menolong Mak memasak. Padahal Mak sudah nak siap, aku baru tunjuk muka yang masih bertahi mata, eceh lagi.

Ding! Ding! Ding! (Penyedap cerita je ;p)

Sudah pukul 6 petang. Abah ajak Mak keluar sebab si Pudica heboh nak ke bazar (lakonan semata). Tapi ada lagi satu yang tak siap lagi. Lempeng dadar ke pe tah aku tak tahu nak sebut. Ala, yang cicah dengan kuah durian tu. Ha yang tu lah!

Aku tolong sambungkan memasak yang itu. Kacang je. Tuang je dalam kuali. Tapi entahlah dah nama pun jakunkan (akulah tu), pergilah berlari ke depan memanggil adik-adik di depan sama-sama menonton aku memasak. Macamlah dorang tak pernah tengok Mak memasak kuih tu sebelum ni.

Kami pun jakun seketika...

Eh Abah, Mak dan Pudica pun dah balik sambil bertangan kosong. Ingatkan beli kuih kat bazar tadi. Aku belumlah syak apa-apa lagi. Ha, lupa pula nak cakap, hari jadi aku hari tu, aku dapat call free sepanjang hari. Trimas Hotlink! ^_^

Hampir kesemua nombor telefon 012 & 017 yang ada dalam handphone ni aku call. Tapi bukan semualah. Sebab err aku ni segan orangnya, aww. (Tapi tak malu pulak telefon semua orang bagitahu hari ni birthday aku). Ada yang tak angkat, ada yang tengah mamai, ada yang dah tukar nombor, macam-macamlah. Tapi terima kasih kepada semua yang sudi melayan budak sengal ni!

Oh ya! Kengkawan yang kenal kak Umi Sarahiya, kerani kat Pusat Tuisyen Vetrik kat Kuala Selangor dulu, beliau sudah bersalin! Baby girl, 28hb Ogos hari tu. Nanti raya serbu rumah beliau jom! ^_^

Okeh, berbalik kepada cerita tadi. Beberapa minit sebelum berbuka tu, aku sajalah duk telefon Nadia-leng dengan Syasya-leng. Buka loudspeaker, berebut-berebut, terpekik-terlolong nak bercakap kat telefon.
Pudica : Kak Nadia, hari ni hari jadi kakak cantik, tahu kan?
Nadia : Tahu! (Nada suara Park Myung Soo. Google lah! ;p)
Pudica : Kitorang beli kek sama macam hari jadi Abah.
Ah sudah, terkantoi dek mulut becok si Pudica. Tahulah aku yang tadi Abah, Mak dengan Pudica keluar tu sebab ke Secret Recipe untuk membeli Chocolate Indulgence  untuk aku. Jadi, lepas berbuka, tak sempat aku nak tambah nasi, Abah dah siap keluarkan kek dan letak atas meja.
Seng il chook ha hamni da~~
Seng il chook ha hamni da~!
Sa rang ha nuen nadhirah unni wa yun dongseng...
Seng il chook ha hamni da!!
Perasan macam dekat Korea jap. Hee. Sambut sekali hari jadi Yun yang awal bulan Ogos hari tu. Dia tu relax je sambut birthday lambat. Aku pulak yang emo lebih, cett.

Kek aku [21 tahun] dan Yun [11 tahun]. 10 tahun beza.
Afiq yang sudah kelaparan.
2 orang makhluk yang dirai malam tu.
Bagi memberkati majlis.
Makan kek. Yeay! [Abah kat depan, Izzat tangkap gambar]

Bawah ni hadiah dari kengkawan. Uhu, maceh taw! ^_^

Frame gambar dari Lina. Kipas kuning dari Muslim.
Itik kuning dari Oja. Kad khas buatan tangan dari Ika-chan.
Hadiah dari Lina dan Muslim tu aku dapat 31hb Ogos, Selasa hari tu. Waktu tu ada iftar ramai-ramai kat Econs Cafe. Balik bilik terus gelojoh membuka hadiah. Pastu, letak atas meja, megah menayang hadiah dekat orang, cett.

Tengah malam tu, waktu nak betulkan bantal, tiba-tiba rasa macam ada benda pulak. Buka-buka je tengok ada hadiah dengan sampul surat. Haha. Bila masa tah budak 2 orang tu letak. Serius tak perasan.

Ops lupa. Kat Facebook tu, terharu betul aku nak reply satu-satu birthday wish yang kawan-kawan aku bagi. Kawan sekolah rendah, sekolah menengah, UiA, wataniah, kawan kepada kawan, kawan tah pape pun ada. Huk2. Tak lupa juga saudara-mara, sepupu sepapat jauh dekat. Aku ada 1,000+ kawan kat Facebook, yang wish dalam 100+ je.

Tapi lebih banyak dari tahun lepas. Jadi, semakin ramai kawan yang kau add, semakin banyak birthday wish yang kau dapat. Betulkah? Jawapannya, renung-renungkan dan selamat beramal. Eh ada kaitankah? Err.

Okeh, sebelum aku melalut menyimpang tersasar dijalanmu, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada anda semua yang terlibat dalam program beta hari itu. Secara langsung mahupun tak langsung. Trimas semua! ^_^

Pssst : Ramai betul orang wish suruh aku matang matang matang. Erk? Bila bila bilakah agaknya?

4 orang mengarut:

Terima kasih ye tinggalkan komen~
Jangan lupa letak nama ye. Komen dari makhluk tak bernama tak akan dilayan. Ngeh3~