Wednesday, 25 August 2010

Restoran Highway yang terbaik di Malaysia

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua! =)


Hari tu aku ada update status kat Facebook pasal berbuka kat Restoran 'Highway'. Ya, betul, cerita itu hari.

Ocopot! Sebelum korang konfius dengan lebih mendalam lagi. Meh aku habaq mai meh. Restoran 'Highway' yang aku maksudkan kat entri ni adalah err bukan sebuah restoran. Tetapi sebuah tempat di mana-mana sahaja di tepi jalan mahupun atas atau tengah jalan yang menjadi tempat untuk makan. Paham? ;p

Masuk hari tu, kira ni kali kedua kami sekeluarga berbuka puasa di Restoran 'Highway'. Yang kali pertama tu aku tu aku rasa semua ada. Tapi yang kali kedua ni Ho Dong (Nadia) dengan Shindong (Amalia) je takda. Hahaha. Korang berdua sila jeles skang! ;p

Nadia memang da jeles da pun. Bukti? Kat sini. Tu lah dah kau masuk Suk**s memanglah tiap-tiap Sabtu ada kelas. Nak buek cemano. Kang ponteng kang tak dapat elaun ekau kang. Amalia pulak aku kesian. Dia nak balik tapi Mak tak kasi dia balik sebab nanti nak hantar dia ke Perak sana. Jauh. Tapi si Syasya lak heboh balik. Padahal Syasya lagi jauh. Nasib kau naik bas. Haish.

Eh berbalik kepada cerita asal tadi. Pasal apa ye? Ha, pasal Restoran 'Highway' tu.

Jumaat hari tu kami pergi ke KTM Sungai Buloh, nak pergi mengambil anak keling sesat Syasya kat sana. Dia sampai kat sana pun dah hampir Maghrib. Jadi memang ke sana memang sudah bersiap membawa bekalan untuk berbuka.

Kebetulan dekat dengan KTM Sungai Buloh tu, ada port baik punya. Aku tak tahu nak terangkan macam mana. Flyover ke apa tah. Kira macam jambatan tak siap pun ada gak. Bawah tu ada terowong nak ke KTM Sungai Buloh. Eh berapa kali nak ulang KTM Sungai Buloh da? =.='

Abah berhenti je kenderaan, terus keluar membentang tikar. Senduk-senduk nasi, cedok-cedok lauk, tuang-tuang air, hulur-hulur kurma, cuci-cuci tangan. Okeh azan je terus ngap. Eh Abah baca doa dulu. Pastu kami pun berbuka secara berjemaah.

Inilah Restoran 'Highway' yang aku maksudkan tu. Hihihi.
Takda siapa nak ambil gambar aku ke? >.<
Waktu kami duk sedap-sedap berbuka, adalah sorang orang asing ni datang. Bangsa? Entah. Bangla ke Pakistan tah. Dia belum berbuka lagi. Abah pun hulurlah kuih sikit dengan air. Kebetulan kuih ada lebih pulak.

Aku? Erm. Aku tahu besar pahalanya kalau kita jamu orang berbuka puasa. Tapi sebab aku takut orang tu adalah 'orang' itu. Okeh, malas nak terangkan. Takpa-takpa, husnuzzon. =)

Pssst : Sekali-sekala apa salahnya. ;p

5 orang mengarut:

  1. hah..besh tu...berbuka sambil berkelah ek~

    ReplyDelete
  2. Salam...bunyi macam menarik je pengalaman berbuka dalam merantau...
    best2 :)

    ReplyDelete
  3. Alinac Lover :
    A'ah. Memang best! Hehe. Tapi kena buka cepat-cepat sebab nanti gelap tak nampak.

    Musafir Melayu :
    Wa'alaikumsalam. Sekali sekal tukar angin, makan kat tempat lapang. =)

    ReplyDelete
  4. last time lepak mkn tepi jln, rasanya 10 tahun dulu kot? huhu. best! cuma since sekarang mcm2 kes, bahaya la pulak...

    ReplyDelete
  5. Itula pasal. Takut orang-orang yang tak tentu je. Yela, makan dengan famili kan.

    ReplyDelete