Assalamualaikum semua!
Ni nota terakhir daripada seminar tu yang aku nak kongsi. Bagi aku slot ni kira paling penting sebab ni langkah pertama sebelum ke alam perkahwinan.
Slot 1 : Cari Jodoh; Langkah 1,
2, 3…
[Penceramah : Ustaz Pahrol MdJuoi]
+ Allah
bagi jodoh selaras dengan tenggungjawab kita.
+ Kita
wajib mengambil wudhu’ kerana wajibnya solat. Sama seperti wajibnya kita
mencari jodoh oleh sebab wajibnya kita kahwin.
+ Ada 4
perkara kahwin ni.
~ Harta
~ Keturunan
~ Rupa
~ Agama
+ Prinsip
cari jodoh ni ada 1 tapi kaedahnya banyak.
+ Kaedah 1 : Jadi baik.
~ Pernah dengar tak ‘Law of
Attraction’?
- Bila kita baik, kita akan tarik
orang yang baik ke arah kita. Sama juga sebaliknya.
- Macam kita nak pasangan kita orang
yang baik, kita kenalah jadi baik dulu, jadi solehah. InsyaAllah kita akan
dapat pasangan yang baik dan soleh.
- Bagaimana kita nak confirm
yang kita boleh jadi baik?
* Jadi ‘baik’ ni adalah ongoing
process. Kebaikan yang kita buat bukan tanda kita ni orang yang baik, tapi
itu tanda yang kita berusaha untuk jadi baik.
~ Mata melihat cantik pada luaran.
Akal melihat cantik pada kebijaksanaan. Manakala, hati melihat cantik pada
akhlak. Bukan apa yang kita pandang tu penting, tetapi bagaimana kita pandang
tu penting.
+ Kaedah 2
: Ikut pilihan orang yang baik.
~ Orang yang baik tu, orang yang
kita rasa beriman.
~ Orang yang baik tak akan menzalimi
orang yang beri dia amanah. Jadi, jodoh yang mereka carikan juga InsyaAllah
orang yang baik-baik.
~ Kalau kita baik, network
kita pun baik. Perasan tak?
+ Kaedah 3
: Ikut cara/kaedah yang baik.
~ Kaedah yang baik tu bukan ikut
logik akal dan bukan juga adat tapi kebaikan tu merangkumi 3 perkara iaitu
Aqidah, Syari’ah dan Akhlak.
~ Cara 1 : Gunakan orang
tengah.
- Macam kaedah yang kedua tadi,
hanya orang yang baik yang mengenal orang yang baik.
- Orang tengah ni akan tolong
menyelidik/merisik. Bila semuanya dah okay, kita proceed.
~ Cara 2 : Ayah tolong carikan.
- Contohnya macam dalam filem
‘Ketika Cinta Bertasbih’, ada scene yang ayahnya bertanyakan kepada
seorang ustaz ni adakah ustaz tu mahu memperisterikan anaknya.
- Ayah akan buat approach dan
bertemu sendiri dengan bakal jodoh.
- Cara ni juga digunakan oleh
Saidina Umar Al-Khatab untuk anaknya.
- Kita tak perlu malu kerana apa
yang diukur adalah 3 perkara tadi (Aqidah, Syari’ah dan Akhlak).
~ Cara 3 : Cari sendiri.
- Cara ini mungkin agak drastik bagi
sesetengah orang macam peribahasa perigi mencari timba.
- Kita tawar diri sendiri tu bukan
seorang diri tetapi beramai-ramai dengan teman.
- Kita kena beri tempoh kepada bakal
jodoh untuk fikirkan lamaran kita.
- Cara ni pun ada dalam hadith
riwayat Annas (Sahih Bukhari).
- Mencari jodoh tu adalah melakukan
kebaikan. Jadi, jangan malu nak buat kebaikan.
- Satu kebaikan perlu dilakukan
berkali-kali. Kegagalan adalah yuran kepada kejayaan.
+ Macam
mana kita nak tahu yang dia tu jodoh kita?
~ Yakinlah apa yang ditentukan Allah
tu adalah yang baik untuk kita.
+ Siapa
pasangan kita sebelum kahwin tu penting, tetapi siapa dia selepas kahwin lagi
penting. Sebabnya bila kita kahwin tu, kita bukan kahwin dengan seorang tapi 3
orang, iaitu:
~ Orang yang kita jangka/impikan.
~ Siapa dia yang sebenar/semasa
kahwin.
~ Siapa dia selepas berkahwin dengan
kita.
+ Kahwin
perlukan persiapan dan buat persiapan tu sifat orang mukmin.
~ Dalaman : akal, jiwa dan emosi
~ Luaran : fizikal dan material
+ Persiapan
untuk pemikiran pula merangkumi:
~ Ilmu fardhu ‘ain
~ Ilmu agama
~ Ilmu feqah
~ Tahu 10 sifat mahmudah dan
mazmumah
+ Persiapan
luaran seperti kewangan, kena ada perancangan.
+ Wanita
yang berkat:
~ Cepat nikahnya
~ Ramai anaknya
~ Murah mas kahwinnya
~ Baik akhlaknya
+ Bagi
lelaki pula:
~ Bertanggungjawab
~ Bijaksana
~ Berkemampuan untuk jadi
murabbi/pemimpin
+ Perkahwinan
dimulakan dengan percintaan tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab.
+ Waktu
cinta ‘demam’, tanggungjawab yang jaga rumahtangga.
-HABIS NOTA #1-
Semoga nota yang tak berapa ringkas yang aku kongsikan ni
dapat memberi manfaat kepada semua. Yang baik tu daripada Allah, yang buruk tu
daripada aku sendiri. Kalau ada salah, tolong betulkan na.